Thursday, June 18, 2009

Kaki

Ini malam sejuk
menggigit
membaham bayi-bayi songsang
rakus
marak membakar
dengan panas-panas badan
meratah sisa-sisa janji
berbaki

di atas pohon rimbun
ada gagak hitam
memerhati tajam
menanti bangkai-bangkai hangit
bau tengit melangit

ini hati ada hujan lebat
di bawah sana ada air kumbahan
di atas sini anak-anak kecil
melompat-lompat
menari
menyanyi
riang
girang

namun jiwa masih kontang
dipajak setan-setan cantik

busuk jadi wangi
buruk jadi indah

ini pagi ada susuk sesal
lambat
mata buta
hati mati
namun matahari masih mahu ajak menari
dan aku
terkial-kial mahu mengangkat kaki!

rizal suburbia 2009