melangit tengit
ini malam sejuk
mengigit
membaham bayi-bayi songsang
rakus
marak membakar
dengan panas-panas badan
meratah sisa-sisa janji
berbaki
di atas pohon rimbun
ada gagak hitam
memerhati tajam
menanti bangkai-bangkai hangit
bau tengit melangit
ini hati ada hujan
lebat
di bawah ada air
kumbahan
di atas anak-anak kecil
melompat-lompat
menari
menyanyi
riang
girang
namun jiwa masih kontang
dipajak setan-setan cantik
busuk jadi wangi
buruk jadi indah
ini pagi ada susuk sesal, lambat
mata buta
hati mati
namun matahari masih mahu ajak menari
dan aku, terkial-kial mahu mengangkat kaki!
rizal suburbia 2008
mengigit
membaham bayi-bayi songsang
rakus
marak membakar
dengan panas-panas badan
meratah sisa-sisa janji
berbaki
di atas pohon rimbun
ada gagak hitam
memerhati tajam
menanti bangkai-bangkai hangit
bau tengit melangit
ini hati ada hujan
lebat
di bawah ada air
kumbahan
di atas anak-anak kecil
melompat-lompat
menari
menyanyi
riang
girang
namun jiwa masih kontang
dipajak setan-setan cantik
busuk jadi wangi
buruk jadi indah
ini pagi ada susuk sesal, lambat
mata buta
hati mati
namun matahari masih mahu ajak menari
dan aku, terkial-kial mahu mengangkat kaki!
rizal suburbia 2008

<< Home