Tuesday, December 02, 2008

kelu

kelu itu hinggap di mulut
ketika aku mahu
membadutkan
pertanyaan kawan lama
yang bercahaya
keikhlasan di matanya

mulut mula berat
dada terasa sesak
jari-jemari berkata-kata bisu
mata hanya mampu memandang
empat pasang mata
yang terpaku dengan seribu kehairanan

tok dalang sudah ketandusan bahan!

rizal suburbia 2008