warna
jika merah itu marah
dan maka aku ini kembar siamnya
aku mahu jadi gelap padam
marah aku semerah-merahnya
merah aku semarah-marahnya
aku mahu jadi merah padam
legam sehitam-hitamnya
tiada berbalam
supaya jelas pada setan-setan itu
betapa setannya amarahku
dan dalamnya geramku
dan jika geram itu hitam sifatnya
legam kerana tanpa setitik pun rasa tenteram
melekat dalam
legam padam dengan bingit-bingit dentuman
berderam-deram bunyi
sekacau jiwa-jiwa kacau
maka aku mahu saja
terbang ke baghdad
dan meletup saja hendaknya di sana
supaya hitam ini biasa menjadi debu-debu
...bertukar kelabu
dan membawa pula bersamanya sejuta jerebu
supaya bisa mengelabui mata-mata jahat
kerana hitam itu sangat sunyi tempatnya
dan bila kelabu itu pula
sudah menjadi nama baru bagi hitam
buat mereka-mereka yang berkira-kira
kerja segelapnya, segelap-gelapnya
ketahuilah
sesungguhnya
dalam aku mencari-cari kelabu
putih pula menjelma
datang mengetuk-ngetuk pintu
ketika aku masih berkira-kira kelamnya
dan bila putih pula sudah kurang putihnya
terkulai letih dengan segala macam perang makna
berdentum meletup bertalu-talu
daripada berbilion kotak-kotak bodoh
yang tidaklah sebodoh yang disangka, sebenarnya
mantik pula mucul menampakkan wataknya
mengukir senyum sejuta makna
dari putih kuning wajahnya dan hitam matanya
dan aku dari merah legam terkejut katak-hijau lalu kaku membiru!
rizal suburbia 2006
dan maka aku ini kembar siamnya
aku mahu jadi gelap padam
marah aku semerah-merahnya
merah aku semarah-marahnya
aku mahu jadi merah padam
legam sehitam-hitamnya
tiada berbalam
supaya jelas pada setan-setan itu
betapa setannya amarahku
dan dalamnya geramku
dan jika geram itu hitam sifatnya
legam kerana tanpa setitik pun rasa tenteram
melekat dalam
legam padam dengan bingit-bingit dentuman
berderam-deram bunyi
sekacau jiwa-jiwa kacau
maka aku mahu saja
terbang ke baghdad
dan meletup saja hendaknya di sana
supaya hitam ini biasa menjadi debu-debu
...bertukar kelabu
dan membawa pula bersamanya sejuta jerebu
supaya bisa mengelabui mata-mata jahat
kerana hitam itu sangat sunyi tempatnya
dan bila kelabu itu pula
sudah menjadi nama baru bagi hitam
buat mereka-mereka yang berkira-kira
kerja segelapnya, segelap-gelapnya
ketahuilah
sesungguhnya
dalam aku mencari-cari kelabu
putih pula menjelma
datang mengetuk-ngetuk pintu
ketika aku masih berkira-kira kelamnya
dan bila putih pula sudah kurang putihnya
terkulai letih dengan segala macam perang makna
berdentum meletup bertalu-talu
daripada berbilion kotak-kotak bodoh
yang tidaklah sebodoh yang disangka, sebenarnya
mantik pula mucul menampakkan wataknya
mengukir senyum sejuta makna
dari putih kuning wajahnya dan hitam matanya
dan aku dari merah legam terkejut katak-hijau lalu kaku membiru!
rizal suburbia 2006

<< Home