Friday, March 31, 2006

berikan saja!

berikan aku cita
dan cinta
kerana aku mudah lupa

berikan aku kata
dan manisnya
sesungguhnya mulutku berbisa

berikan aku masa
semahunya
kerana aku tidak punya

berikan aku sedikit rasa
aku dahaga
dan berasa amat kecewa

berikan aku apa saja
demi maha jagat
aku tidak punya apa-apa

rizal suburbia 2006